Bila “Connection refused”

Oleh kerana aku terasa bosan dalam beberapa hari yang lepas, aku pun jadi rajin secara tiba-tiba untuk menggodek dan mengemaskini laman web rasmi Ubuntu Malaysia yang tidak asing lagi bagi komuniti Ubuntu di Malaysia ini. Arakian, oleh kerana laman web ni dah agak lama juga tak dikemaskini, maka agak banyak juga bahagian yang aku kena ubah agar ianya kelihatan segar semula.

Ubuntu Malaysia

Shahdan, setelah beberapa jam aku mengetuk papan kekunci, mengensot tetikus, dan menekan punat tetikus pada komputerku, Continue reading

Kembali ke Microsoft Windows? Oh Tidak!!

Debian GNU/Linux

Shahadan, berkatalah pemilik syarikat kepada pencacai jurutera perisian yang hina dalam bahasa yang telah diterjemah:

.

“Tolok hujan kamu telah siap, sekarang pelanggan kita yang lain mahu paparan IS yang kita bangunkan sebelum ini dari Tetingkap MikroLembut. Sila laporkan pembangunan kamu seperti biasa!”

.

“Tetingkap Mikrolembut? Bolehkah saya bangunkan guna QT dan C++? Nanti kita boleh guna berbilang platform”, dalam hatiku masih ingin membangunkan perisian tersebut dari GNU/Linux.

.

“Tidak boleh! saya mahu Visual Basic!! Kalau QT, nanti saya tak faham dan pembangunannya lambat. Dahla kamu sorang je yang bangunkan. Kalau kamu berenti ke, hilang keupayaan ke, mati ke, siapa nak sambung?”

Continue reading