Alkisah, setiap kali bateri kereta aku ditanggalkan, berminggu-minggu malah pernah sampai berbulan aku tak set jam kereta aku. Semuanya kerana aku tak ingat macam mana nak set dan buku manualnya entah aku dah campak kat mana. Hari ni aku jumpa buku manual tu dan aku nak tulis kat sini macam mana nak set jam untuk radio jenama Clarion ni.
Mengaktifkan paparan jam
Tekan dan tahan butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] untuk menukar antara mode operasi dengan paparan jam. Kalau nak laraskan pulak, ikut langkah 1 hingga 5.
Melaraskan jam
- Tekan dan tahan butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] untuk paparan jam.
- Tekan dan tahan sekali lagi butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] selama 2 saat atau lebih untuk melaraskan paparan jam.
- Tekan butang SEEK ke Atas [7] untuk melaras nilai minit.
- Tekan butang SEEK ke Bawah [7] untuk melaras nilai jam.
- Tekan butang BAND [9] untuk mengesahkan pelarasan jam.
Notakakibangku:
- Kalau kau pilih mod operasi semasa melaras jam, dia terus kensel.
- Kalau kau cabut lagi bateri kereta tu, jam kene reset dan kau kene laras lagi macam ni.