Alkisah, setiap kali bateri kereta aku ditanggalkan, berminggu-minggu malah pernah sampai berbulan aku tak set jam kereta aku. Semuanya kerana aku tak ingat macam mana nak set dan buku manualnya entah aku dah campak kat mana. Hari ni aku jumpa buku manual tu dan aku nak tulis kat sini macam mana nak set jam untuk radio jenama Clarion ni.
Mengaktifkan paparan jam
Tekan dan tahan butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] untuk menukar antara mode operasi dengan paparan jam. Kalau nak laraskan pulak, ikut langkah 1 hingga 5.
Melaraskan jam
- Tekan dan tahan butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] untuk paparan jam.
- Tekan dan tahan sekali lagi butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] selama 2 saat atau lebih untuk melaraskan paparan jam.
- Tekan butang SEEK ke Atas [7] untuk melaras nilai minit.
- Tekan butang SEEK ke Bawah [7] untuk melaras nilai jam.
- Tekan butang BAND [9] untuk mengesahkan pelarasan jam.
Notakakibangku:
- Kalau kau pilih mod operasi semasa melaras jam, dia terus kensel.
- Kalau kau cabut lagi bateri kereta tu, jam kene reset dan kau kene laras lagi macam ni.
Tags: clarion, radio kereta

Sejak kebelakangan ni, aku rasa macam aku tersangat sibuk. Sibuk dengan kerja² di pejabat. Tapi kadang² aku rasa macam tak berapa sibuk pulak. Dan pada waktu tu, aku menyibuk-nyibukkan diri dengan mender² yang macam² dan entah hapa-hapa… Adakah sebab kepala hotak aku sedang berserabut seperti kabel² yang aku tengok hari² ???
Hari ni aku dah kemas meja opis aku. Menandakan kepala aku kembali fresh dan kurang serabut. Harap² aku dapat menyiapkan modul e-payment cimbclicks untuk asterisk2billing tu dalam dua tiga hari ni. Dan selepas itu, bolehlah aku kembali melayan blog² aku yang kesepian sejak aku tinggalkan. Ini pun kira attempt aku nak menulis kat blog ni balik la ni. hehehe…
Aktiviti menterjemah bahasa teknikal dan terma-terma komputer bukanlah semudah menterjemah buku novel cinta mahupun artikel-artikel umum. Ia memerlukan rujukan dan ada kalanya, terdapat perkataan atau terma komputer yang perlu mewujudkan perkataan baru dalam bahasa Malaysia.
Ada satu dialog yang berlaku hari ni di ruang sembang IRC dalam channel #ubuntu-my yang membuatkan aku ketawa mengekek-ngekek seorang diri…

Mungkin ada yang tak berapa nampak apa yang tertulis kat dialog di atas. Yang ni aku extract: Baca keseluruhan entri ini »
Oleh kerana aku terasa bosan dalam beberapa hari yang lepas, aku pun jadi rajin secara tiba-tiba untuk menggodek dan mengemaskini laman web rasmi Ubuntu Malaysia yang tidak asing lagi bagi komuniti Ubuntu di Malaysia ini. Arakian, oleh kerana laman web ni dah agak lama juga tak dikemaskini, maka agak banyak juga bahagian yang aku kena ubah agar ianya kelihatan segar semula.

Shahdan, setelah beberapa jam aku mengetuk papan kekunci, mengensot tetikus, dan menekan punat tetikus pada komputerku, Baca keseluruhan entri ini »
Setelah beberapa hari aku dan rensid bikin panas kat dalam forum.utmedi.com membakar Ipin supaya kawin cepat, akhirnya kitorang dengan sengaja menutup sesi buang masa bersama kawan-kawan sekolah itu dengan memberi kemenangan kepada Edi yang takde kene mengena tapi baru dua tiga kali menyelit dalam topik tersebut… Dan seperti biasa, pemenang harus membelanje kawan-kawan. Wakakakaa… Apa punya rules pun aku tak tau la.. main belasah ikut sedap tekak aku je.
“Rensid : the reggae macha”
Edi yang begitu sporting, telah sudi membelanja aku dan rensid di sebuah kedai makan berdekatan tempat kerja mereka. Terima kasih Edi… Sungguhpun agak jauh, aku gagahkan juga dengan kereta cabuk aku yang compang camping disenggol pelbagai kenderaan tak bermata. Uhh… kenderaan aku pun sama gak. Mana ada mata…
Ada beberapa kawan aku yang pelik bila aku kata aku ada banyak blog. Kalau engkorang nak tahu, aku ni bukannya rajin sangat nak menulis. Tapi aku suka menggunakan dan meneroka dunia IT, perkomputeran dan internet ini. Dengan merayau-rayau tak tentu hala menggunakan search engine kegemaran aku, macam-macam website dan blog yang aku jumpa di merata internet.
Satu perkara yang menarik perhatian aku dengan blog ialah aku boleh mendapatkan wang dengan blog. Ini mengingatkan aku dengan kata-kata seorang kawan kepada aku…
“rung, lu kalau boleh bikin extra income RM200 sebulan pun dah kira lu berjaya memajukan diri lu…”
dan juga ayat power seorang pedagang internet…
“Barangsiapa yang tiada berupaya menghasilkan wang walau sesen pun menerusi internet, sedangkan mereka memasukinya saban hari, maka, sesungguhnya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang rugi - Shuth(wangcyber)”
Lalu bermulalah dunia blogging aku. Aku mula buat blog dengan menaip cerita pasal benda-benda yang ada disekeliling aku. Terasa agak sukar pada mulanya sebab aku rasakan benda-benda disekeliling aku ni takde apa yang menarik pun.
Baca keseluruhan entri ini »
Recent Comments