Perlu terjemah atau tidak?

Aktiviti menterjemah bahasa teknikal dan terma-terma komputer bukanlah semudah menterjemah buku novel cinta mahupun artikel-artikel umum. Ia memerlukan rujukan dan ada kalanya, terdapat perkataan atau terma komputer yang perlu mewujudkan perkataan baru dalam bahasa Malaysia.

Ada satu dialog yang berlaku hari ni di ruang sembang IRC dalam channel #ubuntu-my yang membuatkan aku ketawa mengekek-ngekek seorang diri…

Lawak Translate

Mungkin ada yang tak berapa nampak apa yang tertulis kat dialog di atas. Yang ni aku extract: Continue reading

Blog, weblog dan goblok…

Ada beberapa kawan aku yang pelik bila aku kata aku ada banyak blog. Kalau engkorang nak tahu, aku ni bukannya rajin sangat nak menulis. Tapi aku suka menggunakan dan meneroka dunia IT, perkomputeran dan internet ini. Dengan merayau-rayau tak tentu hala menggunakan search engine kegemaran aku, macam-macam website dan blog yang aku jumpa di merata internet.

Satu perkara yang menarik perhatian aku dengan blog ialah aku boleh mendapatkan wang dengan blog. Ini mengingatkan aku dengan kata-kata seorang kawan kepada aku…

“rung, lu kalau boleh bikin extra income RM200 sebulan pun dah kira lu berjaya memajukan diri lu…”

dan juga ayat power seorang pedagang internet…

“Barangsiapa yang tiada berupaya menghasilkan wang walau sesen pun menerusi internet, sedangkan mereka memasukinya saban hari, maka, sesungguhnya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang rugi – Shuth(wangcyber)”

Lalu bermulalah dunia blogging aku. Aku mula buat blog dengan menaip cerita pasal benda-benda yang ada disekeliling aku. Terasa agak sukar pada mulanya sebab aku rasakan benda-benda disekeliling aku ni takde apa yang menarik pun.
Continue reading

Kembali ke Microsoft Windows? Oh Tidak!!

Debian GNU/Linux

Shahadan, berkatalah pemilik syarikat kepada pencacai jurutera perisian yang hina dalam bahasa yang telah diterjemah:

.

“Tolok hujan kamu telah siap, sekarang pelanggan kita yang lain mahu paparan IS yang kita bangunkan sebelum ini dari Tetingkap MikroLembut. Sila laporkan pembangunan kamu seperti biasa!”

.

“Tetingkap Mikrolembut? Bolehkah saya bangunkan guna QT dan C++? Nanti kita boleh guna berbilang platform”, dalam hatiku masih ingin membangunkan perisian tersebut dari GNU/Linux.

.

“Tidak boleh! saya mahu Visual Basic!! Kalau QT, nanti saya tak faham dan pembangunannya lambat. Dahla kamu sorang je yang bangunkan. Kalau kamu berenti ke, hilang keupayaan ke, mati ke, siapa nak sambung?”

Continue reading

Lencana BukuMuka yang baru

M. Fauzilkamil Zainuddin's Facebook profile

Inilah dia “Facebook Badge” yang pertama… boleh tempek kat mana-mana…

kalau teringin nak tempek kat tempat lain pun boleh. Jangan tempek kat dalam jamban sudahlah…

———

Macam-macam dah jadi kat facebook aku ni. Ramai giler yang add aku hari-hari. Adakah kerana aku telah menjadi begitu popular?

Nak tahu rahsianya? Nantikan, pembongkaran rahsia ini…