“Buat pencucuh rokok pun boleh”
Punya la lama gua mengabaikan tanggungjawab gua keatas blog nih. Baru tadi gua update dia punya wordpress. Terima kasih kepada puak penyepam yang bersungguh-sungguh menyepam blog gua ini sehingga gua teringat juga nak update kepada versi baru. Lu tak tau ke gua tengah bizi gilebabas dekat-dekat nak raya ni?
Ekceli, ini je yang gua mampu nak buat menjelang raya ni. Nak tukar langsir baru, perabot baru, tak cukup modal, Dapat tukar template baru blog ni pun jadi lah. Selamat Hari Raya juga kepada engkorang semua yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tak beberapa hari je lagi. Nanti dah raya kang, bimbang tak sempat lak nak ucap sebab gua bizi beraya la pulak. Muahahah.
“Hasil kegigihan gua menghidu asap solder”
Jangan terpengaruh kepada gambar-gambar yang takde kene mengena dengan post gua kali ini. Itu menunjukkan keserabutan dan kemalasan gua untuk memilih gambar yang sesuai. Apa pun, gua cerita jugak la gambar ni semua pasal apa. Dipendekkan cerita, Hakko 907 tu soldering iron yang gua guna untuk membuat barisan suis USB untuk mikrotik rb411u yang gua modified. Natang Mikrotik tu telah mendegilkan diri dengan membiarkan USB modem tergantung setelah error beberapa kali dan gua tak mahu mencabut USB modem tu dan mencucuknya semula setiap kali dia buat perangai. Oleh itu, suis itu berfungsi dengan memutuskan aliran 5 volt dari USB port Mikrotik tu kepada USB modem sebagai pengganti diri gua untuk mencabut dan memasukkan semula modem tersebut. Maka selesailah satu lagi kerja gua dalam permasalahan automasi ini. Maka kita boleh beraya dengan aman.
Notakakibangku:
- kalau lu orang mau ini barang, boleh beli kat gua. Gua jual murah je, harga kawan-kawan. Nak cari duit raya. Heheheh