Nasib baik

Baru sekarang gua dapat cerita… Semalam, masa gua baru nak keluar lunch, kelihatan ramai pulak orang kerumun rimbunan pokok bunga depan opis gua. Siap ada Bomba lagi…

Oleh kerana rasa ingin tahu, gua park moto gua dan join diorang kerumun… gua dongak-dongak kepala kat brader tepi tu gaya bertanya tanpa suara, dia angkat dua-dua bahu gaya tak tahu tanpa suara juga… gua celah ke depan sikit, takde nampak apa jugak… brader Bomba tu sibuk intai-intai kat celah rimbunan pokok tu…

Ada makcik tu lalu seraya berkata dengan muka toya… “ada mayat kot? orang buang anak ke…”

“Ceh!” gua kata…

Oleh kerana tak puas hati, gua tanya kat brader security tu pulak, “kenapa ni bang?”… dia jawab “Ular sawa”… Terus, gua pun “Oooooo…” kat dia panjang-panjang…

Brader Bomba yang berbadan katang tu mengambil besi penangkap ularnya… sua perlahan-lahan ke celah rimbun pokok bunga… Yang ramai-ramai tu semua pun kerumun jugak… kalaulah ular sawa tu melompat karang, menggelupur diorang semua ni gua rasa…

“Zras!! Zrasss!!” Ular tu menggelupur dalam semak, brader Bomba yang tangkas memaut tengkuk ular tu… Peerghh!!! pantas sungguh!

Setelah semuanya selesai… semua orang pun beredar… gua tengok-tengok lagi kat area ular tu melepak… memang dekat betul dengan tempat gua selalu melepak… Nasib baik ular tu tak pernah serang gua ketika gua melepak-lepak kat tepi pokok bunga tu sambil membuang masa ketika opis hour…

Aku pun ada bisnes

Sebelum aku menceburkan diri ke dunia bekerja dengan orang, aku pun ada bisnes aku sendiri. Bisnes aku kantoi ditengah jalan kerana kekurangan pengalaman dan tiada rakan-rakan yang sealiran dengan aku pada ketika itu.

Syarikat aku pada masa itu ialah Akar Arts Enterprise. Sebuah syarikat yang membuat laman web, rekabentuk grafik, percetakan, montaj untuk acara, rekabentuk booth untuk acara, rekabentuk gerai dan papan iklan.

Kerana kesempitan dan terhimpit, aku telah memberhentikan diri aku sendiri dari perniagaan tersebut dan bekerja sebagai Lecturer kemudian sebagai programmer dan sekarang sebagai jurutera perisian. Aku masih teringin untuk berniaga. Namun kegagalan lampau bagaikan menghantui aku. Aku tak mahu jatuh lagi. kali ini, aku memerlukan persediaan yang lebih baik untuk melonjak ke hadapan. Semoga sokongan rakan-rakan, sahabat handai dan saudara mara dapat memberi kekuatan.

Lagi-lagi Ubuntu

Hanya kerna aku seorang pengguna Ubuntu tegar. Lalu aku garapkan blog khusus Ubuntu Malaysia yang akan kutugaskan bagi menghasut dan mencucuk jarum kepada seluruh pengguna komputer di Malaysia.

Janganlah engkau orang sangsi lagi. Ubuntu memang percuma dan boleh dimuat turun dengan percuma. Kemudian, kau pasanglah kat semua komputer engkau, komputer adik-beradik engkau dan komputer saudara mara engkau dengan sah. Kongsikan sahaja CD Ubuntu yang telah engkau cetak kepada rakan-rakan engkau orang semua…

Sebarkan lagi… dan lagi… dan lagi… agar Kapitalis perisian itu akan terasa impak yang telah kita lakukan. Hingga mungkin suatu hari nanti, mereka akan terduduk dan cuba menggula-gulakan kita semula dengan Sistem Pengoperasiannya yang sering dijangkiti virus dan wabak penyakit walau telah diberi makan ubat, vitamin dan pencegah virus.

bahan bacaan mencabar minda

Semalam sebenarnya . gua merayau cari blog kawan lama . mula-mula jumpa blog ajam bakau seorang yang mempunyai ketokohan sebagai wakil rakyat Batu Berendam, Melaka . dari pautan sisi blog ajam, gua masuk blog yein the rastaman . baca lagi, dan tertarik dengan pautan² kegemaran yein yang berfaedah untuk gua . mungkin kerana jiwa gua ada sedikit persamaan dengan mat rasta ni . gua berakhir di blog seorang otai lama . gua memang respek gila kat dia dari gua sekolah rendah . blog pyan habib ? . gua macam tak percaya . ya, gua masih sekolah rendah ketika itu . dan . itu menandakan gua masih muda . hahaha

gua percaya, itu blog pyan habib sebab dia sebut naga dan pipiyapong . gua suka mereka semua . mereka pandai menulis . dan memberi bahan bacaan yang mencabar minda untuk gua berfikir tiga belas kali . atau … tak payah fikir langsung . gua suka . hahaha lagi .

Notakakiretot:

  • setiap period tu menandakan gua sedut nafas dalam². kalau lu nak cuba, baca lagi sekali.

Jam Radio Kereta jenama Clarion

Alkisah, setiap kali bateri kereta aku ditanggalkan, berminggu-minggu malah pernah sampai berbulan aku tak set jam kereta aku. Semuanya kerana aku tak ingat macam mana nak set dan buku manualnya entah aku dah campak kat mana. Hari ni aku jumpa buku manual tu dan aku nak tulis kat sini macam mana nak set jam untuk radio jenama Clarion ni.

Mengaktifkan paparan jam

Tekan dan tahan butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] untuk menukar antara mode operasi dengan paparan jam. Kalau nak laraskan pulak, ikut langkah 1 hingga 5.

Melaraskan jam

  1. Tekan dan tahan butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] untuk paparan jam.
  2. Tekan dan tahan sekali lagi butang BAND [9] dan butang Melaras Jam [15] selama 2 saat atau lebih untuk melaraskan paparan jam.
  3. Tekan butang SEEK ke Atas [7] untuk melaras nilai minit.
  4. Tekan butang SEEK ke Bawah [7] untuk melaras nilai jam.
  5. Tekan butang BAND [9] untuk mengesahkan pelarasan jam.

Notakakibangku:

  • Kalau kau pilih mod operasi semasa melaras jam, dia terus kensel.
  • Kalau kau cabut lagi bateri kereta tu, jam kene reset dan kau kene laras lagi macam ni.