Oleh kerana kebosanan yang maksima dengan beberapa remote data logger gua yang tak dapat connect ke server utama, gua mengetik arahan biasa di terminal…
$ irssi
Tapi gua tak masuk ke freenode seperti biasa. Dengan sengaja gua mengetik nama server yang dah lama offline… /server irc.jiwang.cc.
Mungkin, gua berharap dapat tengok server orang lain pun tak available juga…
Namun, tanpa gua sangka…

Walawei… baru gua perasan, rupanya JiwangIRC sudah kembali sejak 3 Januari yang lalu. Terus gua kembali bersemangat untuk sambung buat kerja. (sambil bersiul-siul lagu Toxicity… “conversion software version 7.0…”)
aku dah lupa camner nak iRC ni..hehehe camner tu? rasa mcm back to the future dah ni
Hahaha… ko dah lupa mIRC?… dasar lupa daratan!
Untuk makluman ko, IRC masih lagi penting dalam kehidupan aku.