Nasib baik

Baru sekarang gua dapat cerita… Semalam, masa gua baru nak keluar lunch, kelihatan ramai pulak orang kerumun rimbunan pokok bunga depan opis gua. Siap ada Bomba lagi…

Oleh kerana rasa ingin tahu, gua park moto gua dan join diorang kerumun… gua dongak-dongak kepala kat brader tepi tu gaya bertanya tanpa suara, dia angkat dua-dua bahu gaya tak tahu tanpa suara juga… gua celah ke depan sikit, takde nampak apa jugak… brader Bomba tu sibuk intai-intai kat celah rimbunan pokok tu…

Ada makcik tu lalu seraya berkata dengan muka toya… “ada mayat kot? orang buang anak ke…”

“Ceh!” gua kata…

Oleh kerana tak puas hati, gua tanya kat brader security tu pulak, “kenapa ni bang?”… dia jawab “Ular sawa”… Terus, gua pun “Oooooo…” kat dia panjang-panjang…

Brader Bomba yang berbadan katang tu mengambil besi penangkap ularnya… sua perlahan-lahan ke celah rimbun pokok bunga… Yang ramai-ramai tu semua pun kerumun jugak… kalaulah ular sawa tu melompat karang, menggelupur diorang semua ni gua rasa…

“Zras!! Zrasss!!” Ular tu menggelupur dalam semak, brader Bomba yang tangkas memaut tengkuk ular tu… Peerghh!!! pantas sungguh!

Setelah semuanya selesai… semua orang pun beredar… gua tengok-tengok lagi kat area ular tu melepak… memang dekat betul dengan tempat gua selalu melepak… Nasib baik ular tu tak pernah serang gua ketika gua melepak-lepak kat tepi pokok bunga tu sambil membuang masa ketika opis hour…