Hanya kerna aku seorang pengguna Ubuntu tegar. Lalu aku garapkan blog khusus Ubuntu Malaysia yang akan kutugaskan bagi menghasut dan mencucuk jarum kepada seluruh pengguna komputer di Malaysia.
Janganlah engkau orang sangsi lagi. Ubuntu memang percuma dan boleh dimuat turun dengan percuma. Kemudian, kau pasanglah kat semua komputer engkau, komputer adik-beradik engkau dan komputer saudara mara engkau dengan sah. Kongsikan sahaja CD Ubuntu yang telah engkau cetak kepada rakan-rakan engkau orang semua…
Sebarkan lagi… dan lagi… dan lagi… agar Kapitalis perisian itu akan terasa impak yang telah kita lakukan. Hingga mungkin suatu hari nanti, mereka akan terduduk dan cuba menggula-gulakan kita semula dengan Sistem Pengoperasiannya yang sering dijangkiti virus dan wabak penyakit walau telah diberi makan ubat, vitamin dan pencegah virus.
Tags: ubuntu
November 13th, 2009 at 3:47 pm
Oitt dah beli Macbook blomm?
November 13th, 2009 at 4:01 pm
belum… on progress ni. tengah siapkan satu projek untuk mencukupkan modal. Baru boleh sambar macbook pro 13 inci satu… heheh