Jul
30

Sejak kebelakangan ni, aku rasa macam aku tersangat sibuk. Sibuk dengan kerja² di pejabat. Tapi kadang² aku rasa macam tak berapa sibuk pulak. Dan pada waktu tu, aku menyibuk-nyibukkan diri dengan mender² yang macam² dan entah hapa-hapa… Adakah sebab kepala hotak aku sedang berserabut seperti kabel² yang aku tengok hari² ???
Hari ni aku dah kemas meja opis aku. Menandakan kepala aku kembali fresh dan kurang serabut. Harap² aku dapat menyiapkan modul e-payment cimbclicks untuk asterisk2billing tu dalam dua tiga hari ni. Dan selepas itu, bolehlah aku kembali melayan blog² aku yang kesepian sejak aku tinggalkan. Ini pun kira attempt aku nak menulis kat blog ni balik la ni. hehehe…
Leave a Reply