Oleh kerana aku terasa bosan dalam beberapa hari yang lepas, aku pun jadi rajin secara tiba-tiba untuk menggodek dan mengemaskini laman web rasmi Ubuntu Malaysia yang tidak asing lagi bagi komuniti Ubuntu di Malaysia ini. Arakian, oleh kerana laman web ni dah agak lama juga tak dikemaskini, maka agak banyak juga bahagian yang aku kena ubah agar ianya kelihatan segar semula.

Ubuntu Malaysia

Shahdan, setelah beberapa jam aku mengetuk papan kekunci, mengensot tetikus, dan menekan punat tetikus pada komputerku, aku berhasil mengemaskini laman web tersebut setelah mengambil kira komen-komen ahli komuniti dari Senarai-Persuratan (Mailing-list daa..) komuniti Ubuntu Malaysia.

Namun, jari jemariku masih menggatal untuk memodifikasi laman web tersebut dan masih ingin menukar beberapa keping CSS. Malangnya, sedang aku seronok menokok tambah CSS code untuk layout modul di bahagian kanan (senarai link), komunikasi SSH aku terputus dari pelayan ubuntu.com.my. Ahh… seperti biasa, aku cuba menyambungkan semula hubungan SSH aku ke pelayan tersebut. Tapi masih gagal dengan ralat…

ssh: connect to host ubuntu.com.my port 22: Connection refused

Aduss… berkali-kali ku cuba. Masih sama… Aku memaklumkan fenris tentang kejadian ini. Dan beliau juga telah mengesahkan ralat yang sama. Hingga kini, aktiviti kemaskini laman http://ubuntu.com.my masih terkandas disitu.

Tags: , ,

2 Responses to “Bila “Connection refused””

  1. $ ssh xxxxxxxxxxxx@ubuntu.com.my
    The authenticity of host ‘ubuntu.com.my (xx.xx.209.35)’ can’t be established.
    RSA key fingerprint is 90:fe:0c:9c:0e:04:2f:12:a9:37:18:4c:ae:78:57:0f.
    Are you sure you want to continue connecting (yes/no)? yes
    Warning: Permanently added ‘ubuntu.com.my,xx.xx.209.35′ (RSA) to the list of known hosts.
    ubuntuforum@ubuntu.com.my’s password:
    [xxxxxxxxxx]$

    its about the schedule maintenance from hosting …

  2. I see… OK, aku dah dapat masuk… dan dah betulkan CSS tu balik… huhu

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>