Setelah beberapa hari aku dan rensid bikin panas kat dalam forum.utmedi.com membakar Ipin supaya kawin cepat, akhirnya kitorang dengan sengaja menutup sesi buang masa bersama kawan-kawan sekolah itu dengan memberi kemenangan kepada Edi yang takde kene mengena tapi baru dua tiga kali menyelit dalam topik tersebut… Dan seperti biasa, pemenang harus membelanje kawan-kawan. Wakakakaa… Apa punya rules pun aku tak tau la.. main belasah ikut sedap tekak aku je.
“Rensid : the reggae macha”
Edi yang begitu sporting, telah sudi membelanja aku dan rensid di sebuah kedai makan berdekatan tempat kerja mereka. Terima kasih Edi… Sungguhpun agak jauh, aku gagahkan juga dengan kereta cabuk aku yang compang camping disenggol pelbagai kenderaan tak bermata. Uhh… kenderaan aku pun sama gak. Mana ada mata…
“Wan Tapa dengan gaya ala-ala YB… pun keje kat situ?”
Menikmati nasi goreng ayam percuma yang dihidangkan kepadaku, wah, boleh tahan juga… Kami pun berbual cerita budak sekolah yang tak habis belajar lagi… ahh… dah masuk semester baru. Dah panjang rambut Rensid rupanya.
“Nasi Goreng Ayam ke Nasi Ayam Goreng? : Hantam sajalah labu…”
Sebenarnya, kegiatan tu dilakukan kerana kebosanan maksimas… baru kemarin aku dapat cek gaji yang dipotong hampir separuh dan serta merta aku memasukkannya kedalam bank. Semoga hari ini atau esok, wang didalam dinding batu itu boleh bercambah mengikut amaun yang tertera pada kepingan kertas kuning bergambar kepala rimau itu. Agar dapat kucucuk dinding batu itu hingga beliau mengeluarkan kepingan2 berharga untuk membayar hutang piutang keliling pinggang.
Bulan ini, aku mengalami tahap sengkek giler… adeh… siapa nak belanje aku lagi? Demmit!!
January 14th, 2009 at 3:29 pm
haahahaha..bikin blog taraf blues utk aku ni..hahahaah!
takmau masuk blog aku? themalaypoems?
January 14th, 2009 at 3:29 pm
hahahahaha!
January 14th, 2009 at 4:11 pm
huhuhu… aku dah add ko punya blog tu dalam senarai link aku…
February 9th, 2009 at 8:23 pm
Aduhhh gambar-gambar makanan ini membuatkan aku rasa nak beli tiket kapalterbang je.
Fuhh tak sangka Rencid sudah bertambah hensem dgn rambut panjang dan goatie nye. Sekali pandang macam V for Vendetta..fuhhh !!