Setelah beberapa hari aku dan rensid bikin panas kat dalam forum.utmedi.com membakar Ipin supaya kawin cepat, akhirnya kitorang dengan sengaja menutup sesi buang masa bersama kawan-kawan sekolah itu dengan memberi kemenangan kepada Edi yang takde kene mengena tapi baru dua tiga kali menyelit dalam topik tersebut… Dan seperti biasa, pemenang harus membelanje kawan-kawan. Wakakakaa… Apa punya rules pun aku tak tau la.. main belasah ikut sedap tekak aku je.
“Rensid : the reggae macha”
Edi yang begitu sporting, telah sudi membelanja aku dan rensid di sebuah kedai makan berdekatan tempat kerja mereka. Terima kasih Edi… Sungguhpun agak jauh, aku gagahkan juga dengan kereta cabuk aku yang compang camping disenggol pelbagai kenderaan tak bermata. Uhh… kenderaan aku pun sama gak. Mana ada mata…