Ada beberapa kawan aku yang pelik bila aku kata aku ada banyak blog. Kalau engkorang nak tahu, aku ni bukannya rajin sangat nak menulis. Tapi aku suka menggunakan dan meneroka dunia IT, perkomputeran dan internet ini. Dengan merayau-rayau tak tentu hala menggunakan search engine kegemaran aku, macam-macam website dan blog yang aku jumpa di merata internet.
Satu perkara yang menarik perhatian aku dengan blog ialah aku boleh mendapatkan wang dengan blog. Ini mengingatkan aku dengan kata-kata seorang kawan kepada aku…
“rung, lu kalau boleh bikin extra income RM200 sebulan pun dah kira lu berjaya memajukan diri lu…”
dan juga ayat power seorang pedagang internet…
“Barangsiapa yang tiada berupaya menghasilkan wang walau sesen pun menerusi internet, sedangkan mereka memasukinya saban hari, maka, sesungguhnya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang rugi – Shuth(wangcyber)”
Lalu bermulalah dunia blogging aku. Aku mula buat blog dengan menaip cerita pasal benda-benda yang ada disekeliling aku. Terasa agak sukar pada mulanya sebab aku rasakan benda-benda disekeliling aku ni takde apa yang menarik pun.
Namun, aku gagahkan juga… mula-mula aku buat satu blog pasal home automation kat wordpress.com sebab aku pernah terlibat dengan industri tersebut. Malangnya, kat wordpress.com tak boleh letak iklan. Jadi, aku mencari alternatif lain. Seterusnya aku buat bebrapa blog kat blogger.com. aku ada blog pasal rekabentuk grafik dan seni lukis yang menjadi hobi aku dan juga blog pasal komputer dan pengaturcaraan yang sangat berkait rapat dengan kerja aku sebagai jurutera perisian. Aku ada juga buat blog-blog lain yang aku jadikan ruang eksperimen aku yang mengarut dan macam-macam.
Seronok juga layan blog ni. Kadang-kadang, aku merasa seperti seorang blogger yang sedang menulis blog yang begitu skema. Tak kurang juga aku terasa seperti seorang saintis sedang menulis buku log untuk rujukan akan datang dan ada juga masanya aku merasa seperti seorang goblok yang takde modal nak tulis apa pun kat blog-blog aku yang banyak tu.
Namun, aku telah berjaya menghasilkan lebih kurang USD 25 sebulan untuk masa ini hanya dari blog-blog aku yang tak seberapa tu. Kira berjaya la jugak kan?… Esok lusa, aku akan cuba untuk lebih rajin lagi menulis blog untuk dijadikan bahan bacaan pengguna internet yang ketagihan bahan bacaan di internet, sama ada yang berfaedah, mahupun yang takde faedah langsung…

Nice template. Where can i download it?
exciting and communicative, but would make something more on this topic?
Your web page doesn’t correctly work in safari browser
Your are Great. And so is your site! Awesome content. Good job guys! Interesting article, adding it to my favourites!
absolutely fabulous. You definitely Zeigerwhatsernamed me! Will definitely check out your site.