Kembali ke Microsoft Windows? Oh Tidak!!

Debian GNU/Linux

Shahadan, berkatalah pemilik syarikat kepada pencacai jurutera perisian yang hina dalam bahasa yang telah diterjemah:

.

“Tolok hujan kamu telah siap, sekarang pelanggan kita yang lain mahu paparan IS yang kita bangunkan sebelum ini dari Tetingkap MikroLembut. Sila laporkan pembangunan kamu seperti biasa!”

.

“Tetingkap Mikrolembut? Bolehkah saya bangunkan guna QT dan C++? Nanti kita boleh guna berbilang platform”, dalam hatiku masih ingin membangunkan perisian tersebut dari GNU/Linux.

.

“Tidak boleh! saya mahu Visual Basic!! Kalau QT, nanti saya tak faham dan pembangunannya lambat. Dahla kamu sorang je yang bangunkan. Kalau kamu berenti ke, hilang keupayaan ke, mati ke, siapa nak sambung?”

.

“Alah boss, saya bosan la nak guna Visual Basic, kenapa kita takde pengaturcara lain? Dah la saya yang rekabentuk, taip program dengan buat ujian pun saya… Oh ya, budak yang datang buat VB itu hari dah pegi mana?”, cuba mencari jalan keluar…

.

“Saya bukannya taknak ambik programmer lain. Tapi kamu tengok la sendiri… semua yang baru masuk keje sini untuk jawatan tu, semua hampeh… Gaji je nak mahal! Lepas tu cabut lari sebab tak reti nak buat kerja”

.

“Aiseh boss… Desktop saya dah takde Tetingkap MikroLembut… Saya dah lama guna Ubuntu”, masih lagi membuat alasan… tak munasabah pun, bantai je…

.

“Ah!! Jangan nak mengada!! Tu Tetingkap XP kat dalam VirtualBox kat pelayan Fedora tu hapa? Ah, lagi satu, kamu convert juga imej virtualbox tu kepada VMWare… Saya nak laporan!!”

.

“Baiklah Tuan…”, aiseh… dah tak boleh bagi alasan dah rupanya.

.

Maka pencacai jurutera perisian yang hina itu pun berlalu dan memulakan kerja-kerja pembangunan dalam Tetingkap XP MikroLembut dan Visual Basic menerusi Terminal Server Client dari Ubuntu nya. Dua tiga kali juga beliau mencubit dan menampar pipi sendiri agar terjaga dari mimpi seram tersebut… namun ternyata, ianya bukanlah mimpi… Adehhh…

2 thoughts on “Kembali ke Microsoft Windows? Oh Tidak!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>