Kembali ke Microsoft Windows? Oh Tidak!!

Debian GNU/Linux

Shahadan, berkatalah pemilik syarikat kepada pencacai jurutera perisian yang hina dalam bahasa yang telah diterjemah:

.

“Tolok hujan kamu telah siap, sekarang pelanggan kita yang lain mahu paparan IS yang kita bangunkan sebelum ini dari Tetingkap MikroLembut. Sila laporkan pembangunan kamu seperti biasa!”

.

“Tetingkap Mikrolembut? Bolehkah saya bangunkan guna QT dan C++? Nanti kita boleh guna berbilang platform”, dalam hatiku masih ingin membangunkan perisian tersebut dari GNU/Linux.

.

“Tidak boleh! saya mahu Visual Basic!! Kalau QT, nanti saya tak faham dan pembangunannya lambat. Dahla kamu sorang je yang bangunkan. Kalau kamu berenti ke, hilang keupayaan ke, mati ke, siapa nak sambung?”

Continue reading

Lencana BukuMuka yang baru

M. Fauzilkamil Zainuddin's Facebook profile

Inilah dia “Facebook Badge” yang pertama… boleh tempek kat mana-mana…

kalau teringin nak tempek kat tempat lain pun boleh. Jangan tempek kat dalam jamban sudahlah…

———

Macam-macam dah jadi kat facebook aku ni. Ramai giler yang add aku hari-hari. Adakah kerana aku telah menjadi begitu popular?

Nak tahu rahsianya? Nantikan, pembongkaran rahsia ini…

Nan Jahanan dan Lintah Daging

Pada suatu ketika, kala aku masih sibuk mengetuk papan kekunci dan mengensot tetikus di pejabat. Pidgin ku berkelip lagi…

.

Nan Jahanan YM aku: hari² terakhir diopis

.

Aku Balas: eh, kenapa? nak tukar kerja?

.

Nan Jahanan YM aku: dpt offer lain, lgpun company ni pon cam dah nak bungkus. heheheh…

.

Aku Balas: berapa dia offer? masyuk ka? kat mana?

.

Nan Jahanan YM aku: bole laaa, daripada kat sini, nasib pon tak menentu

.

Aku Balas: keje untuk aku ada? aku pun igat nak carik keje lain la… nak cari keje senang, gaji banyak.. err.. ada ke?

.

Nan Jahanan YM aku: aku dpt kat AMPM, opis dia kat PJ. hmm, jadik senior programmer aa keje subcon kat programmer bawahan ko, keje ko debugging jer ko try usha dekat Vyke

Nan Jahanan YM aku lagi: tak pun ko jadik pengusaha lintah daging..hehehe

.

Aku Balas: pengusaha lintah daging? hmmm bagus gak tu

.

* aku fikir balik… pengusaha lintah daging tu macam mana keje dia? *